Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday 27 August 2011

pra-raya ~Making Ketupat~

Assalamualaikum semua...
Sekarang ni aku berada di kampung suamiku iaitu di Muar, Johor.. pagi tadi selepas bersahur jam pukul 6 pagi kami bertolak balik sini.. sampai sini lebih kurang pukul 8 lebih2 sikit la.. dah balik cni, 1st benda buat hari ni ialah tengok mak mertua aku membuat kek.. huh, baunye xingat masa mak mertua aku membakarnye... xsabar nak makan masa berbuka nanti.. dengar2nya abah mertua aku nak makan mee sup petang ni, aku tak berapa gemar dengan mee sup, tp makan je la.. hehe..

Tengahari tadi plak, husband aku mengajar aku menganyam ketupat.. (betul kot org panggil menganyam ketupat) hehe... terror tu husband aku buat ketupat bawang... (katenya la nama ketupat tu...) aku dulu pernah belajar dengan arwah nenek aku buat ketupat palas.. dalamnye beras pulut... sedapnye.. rindu nak makan ketupat palas mek (arwah nenek aku ler).. ketupat bawang ni akan diisikan dengan beras pastu akan direbus sampai masak..(chewah, mcm pernah buat plak..padahal...hehe)

okeylah, Uol enjoy2 la ye menengok gambar masa menganyam ketupat bawang tadi... bye!

Gaya xpert buat ketupat bawang...

masa ni baru berjaya buat dengan ajaran husband ku yg tersayang...

adik yg sedang tekun mengayam ketupat

dah mcm pertandingan mengayam ketupat la plak.. hehe

1 comment:

Labels