Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday 30 January 2012

Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum
hari ni ada perkongsian ilmu bab2 kesihatan
sebabnya aku sedang menanggungnya sekarang
semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan pengetahuan buat semua

Ulser Mulut



Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir?
Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka,
anda akan melihat satu tompokan putih.
Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh. 
Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita.
Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga 
mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas.
Malahan sukar untuk bertutur. 

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan. 

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. 

Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 



a.
Banyak minum air suam.
b.
Berehat dan tidur dengan cukup.
c.
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.


Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.


Monday 16 January 2012

Semoga Iman Cepat Sembuh


Assalamualaikum

Ada nak kongsi satu citer hari ni
pasal apa?
Pasal Iman yang tengah demam panas ni
cian sngat tengok dia
sedih.. pilu..
(mmg naluri ibu camtu kot)

Iman start demam ari sabtu aritu
pas balik dari kenduri kawen member aku dekat Masjid Tanah
maybe sebab cuaca yang panas kn

pose iman masa dekat kenduri tu

masa otw balik tu iman dah start xsedap badan
dia muntah-muntah
masa tu terasa jauh sangat nak sampai putrajaya
huhu
balik umah tu aku terus bagi ubat demam kat iman
dan malam tu jugak aku start jelun iman

tinggi gak temp. badan iman masa ni

aku terus jelun balik badan iman..
lpas tu dia tido je
badan dia lemah je..
msa tu aku xbawak iman g klinik lagi sebab 
abah iman xda, kena duty

tapi malam tu iman getting worst
aku sangat-sangat risau dan takut
xpe la, abah xda, ibu je la bawak iman g klinik eh..

keadaan iman malam tadi

panas sangat badan dia
aku terus bawak iman g klinik
d Presint 9
Klinik Lita Alis
sesampainya di klinik, nasib baik xkena tunggu lama
terus doktor panggil masuk dalam

bile doktor check temprture iman, dia terus suruh letakkan iman atas katil
sebab dia nak masukkan ubat demam ikut bontot
sebab badan iman panas sangat..

keadaan iman pagi ni after makan ubat

get well soon ye
and at 11 o'clock tadi
time for iman makan ubat
(iman takut makan ubat-susah nak bagi dia makan ubat-tp kena paksa juga
kalu tidak susah nak recover dr demam ni)

and now, dia dah bangun dari tido
and she is smiling at me 
after she saw me using my ladtop
hehe

and now, she just right behind me
trying to type
haha

Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada iman

ibu miss her smile

u're my everthing sayang.. get well ok..
hmm..
sekarang aku sangat-sangat berharap
demam iman kebah
aku sedang menjaga iman sebaik mungkin

but, dia still xda selera nak makan
minum susu pon sikit je
she need to get something to eat
semua tu utk tenaga dia

Semoga Iman cepat sembuh ye
Ibu Sayang Iman

okeylah, to be continue k
doakan iman cepat sembuh ye uol
thanks

bye!
take care!



Tuesday 10 January 2012

Iman nak jadi Masterchef???

Assalamualaikum

Ni kisah Masterchef Malaysia


yang dah abis pon
yang kita semua tau sapa pemenangnye iaitu Dr. Ezani...

Tahniah..

citer nye camni
masa tgh tengok final masterchef ni
anak kesayangan aku ni pon sibuk la
konon-kononnye memasak gak.. haha

ish..ish..ish..
budak2 sekarang cepat sangat mengikut benda2 yang 
diaorang dok tengok
so, pada semua parents
beware ok.. sebab setiap tingkah laku kita menjadi ikutan kepada anak2 kita
sebab diaorang ni kan ibarat
kain putih yang tiada warna
kita sebagai ibubapalah yang akan mencorakkan dan mewarnainya
semoga pilihan dan apa yang kita buat itu 
yang terbaik untuk mereka
InsyaAllah


sorrylah ye
sebab video ni senget..hehe

camnilah gayanye anak kesayangan aku ni
dah start nak main masak2
haha

for sure nanti dia akan ajak ibu main sama dengan dia
mungkin kitaorg main seolah2 tengah minum petang
so, be prepare utk beli mainan dia..haha

okeylah
to be continue ye
take care

bye!





Tuesday 3 January 2012

~Ombak Rindu Vs Blog Budu~

Assalamualaikum

Hot kan tajuk pagi ni
Ombak Rindu VS Blog Budu
hahaha

semua ni sebab fanomena movie yang terbaru ler,
Ombak rindu katanya..


aku xsempat tengok movie ni kat wayang pon
ada je hal..
tapi aku dah tengok ikut Astro 1st
hehe

mmg sedih giler ek..
dan macam biasalah aku ni, ratu air mata kan..hahaha
tangkap leleh arr!

**citer pasal ombak rindu
adik bongsu aku (Rifqi aka Kiki)
ada story pasal mama aku tengok citer ombak rindu
yg diuploadkan oleh kakaknya iaitu adik aku gak (Raihanah Hanis aka Hanis) http://raihanahhanis.blogspot.com/
 dekat Youtube

ikut story kiki ni
citer tu bru start 15 minit, mama dah nangis.. huhuu
pastu mama dok berulang g dapur je
(coverline kot)
tp mama mmg sensitif, dia mmg mudah nangis
mgkin sbb tu aku jd camtu gak
huhuu

dalam punye story ombak rindu
kiki pon start suruh baca blog aku 
katanya xyah bli n free je bile baca... ahahaha (hampeh tul)
than, my sister (Rahiel aka Kak Long) 
pon menambah
itu bukan ombak rindu tapi Blog Budu..
hahhaha

Budu Oh Budu

aku dah tergelak-gelak baca
mcm hampeh!
blog budu pon blog budulah


Terliur x?

janji bile letak cili api, bawang merah, perah limau nipis
terangkatttt wooo...
hahaha
nak tambah sedap, makan la dengan nasi putih (panas2) 
dengan ikan goreng pon jadi lah..
dah mmg BEST !!
hehe

satu lagi nak bagitau korang
Kepada sapa2 yang belum pernah makan budu ni
jangan risau ye
sebab
muka korang tak kan jadi camni..
hehe


okeylah..
Blog Budu akan continue lagi ye
take care uol !
bye!


Labels