Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday 17 December 2012

Aishah Is 2 Month already

Assalamualaikum dan hi semua
Alhamdulillah, 16 Disember 2012 genaplah Aishah Sofia 2 bulan..


Semalam la Aishah genap usianya..
sepanjang hari dalam kereta ialah perjalanan untuk balik ke Kelantan.
1st time la Aishah balik kelantan ni..hehe
kami bertolak semalam jam 0700 dari rumah kemudiannya g pickup kwn Mr.Suami
kire-kirenya dalam 0730 la kitaorang bergerak keluar dari Putrajaya..
dan sampai di tempat penginapan iaitu di PCB Resort pada jam 1600.
huh, penat sangat rasa.. iyelah, malam sebelum bertolak tu aku tak tido langsung..

kat bawah-bawah ni aku saja nak share picture Aishah sempena entry ni pon untuk dia kan..
story pasal kat kelantan ni akan bersambung d next post..hehe

Tengoklah, dah pandai nak senyum2 bile ibu amik gambar...

yang ni plak sambil2 borak dengan aishah.. ntah apa story aishah nak kongsi dgn ibu.. hehe

all aishah

okeyla, akan bersambung d next entry..
peace yall



Friday 14 December 2012

Aktiviti Masa Lapang ~ Baking Cakes ~

Hye.. Hari ni mungkin dapur bakery aku xberasap kot.hehe
dok fikir2 cm nak rest dari buat kek
sebabnya semalam aku dah buat blueberry cheese cake..hehe
actually, awal2 pagi tadi dah siapkan doh untuk donat... 
ingat nak goreng petang ni la..hehe


seronok tau buat aktiviti camni, biarpun duduk umah bersama anak kecik
masih boleh buat something yang menarik dan yang paling utamanya 
kenalah ada minat dan rajin sikit arr..hehe..
semua yang aku buat sambil2 je.. mcm update blog ni la..
bile sempat aku update.. kalu x sempat
contohnye bila c kecik tu dok nak merap je, xjdik kejalah jwpnye..hehe
apa pon aku xbt masa tu..hehe

oklah, aku saja nak share antara yang aku dah buat sepanjang ni..
nanti kalu dh xpert leh ar terima tempahan..hahaha
gurau2 je..

Kentang putar homemade ni aku buat special untuk anak kesayanganku.. Iman.. suke tgk dia makan.. 

Homemade by me jgk.. cume xbrapa menjadi kat kerak tu.. akan terus berusaha untuk bagi jadi.. :P

Chocolate Cake ni pon homemade by me jgk.. 

Antara menu2 yg aku dah buat...
~td ada member aku tanya, mana aku beli buku resepi ni.. opss..~

Oklah, nanti akan continue lagi.. c ya'



Wednesday 12 December 2012

~Aktiviti Masa Lapang edisi Karipap Ku~

Hi ! sekarang ni Aishah tengah tido..hehe
pas mandi tadi, susukan dia.. dan dia pon tido..
bila Aishah dah tido, aku boleh la wat keja aku plak..hehe..
semalam tak dapat post apa2 entry kat blog ni, sebab apa? sebabnya 
busy membuat Karipap... hehe

Seingat aku laa.. dulu arwah mek (mek panggilan utk nenek aku) ada ajar aku
camana nak buat karipap dan cara camana nak klim nye..dulu laa.. dah lama pon.. dan masa 
dia ajar aku pon, aku xtangkap2 camana nak buatnye..
ada lah yang aku buat, once tak jadi tu..aku terus malas nak buat terus..hahaha
perangai sungguh!

ada orang cakap, alaa.. beli je tempat pengetip (klim) tu.. ada jual la..
memang la ada jual, tapi macam xda feel plak wat karipap guna benda alah tu..
nak lagi original mestilah klim sendiri guna jari jemari ni..hehe
disebabkan aku tak reti nak klim, aku pon dok search2 la kat youtube.. 
bukan susah pon.. taip aje "cara-cara buat karipap" tuuu...dia.. klur banyak video.. hehe
kelas kn!

contohnye ialah inilah:

Serius ar. sangat membantu aku buat klim karipap aku tu.. hehe
semalam tu adalah percubaan kali ke 2 aku buat karipap..
ada hari tu aku buat karipap sardin, huhu..
aku sangat2 la xreti nak buat klim tu.. even dah tngok kat youtube, still keras tanganku..huhu


inilah gambar percubaan kali pertama aku buat karipap.. 
 
Karipap besar gabak! hehe

inilah rupe percubaan kali pertama aku buat karipap, aku tau sangat hodoh kan..
sampaikan ramai yang menyindir2 kononnye nak karipap aku.. huhu.. 
xpe, aku xpatah semangat beb, usaha tangga kejayaan..
at least aku sangat-sangat nak belajar buat..

Percubaan kali kedua pembikinan karipapku..hehe

tengok.. inilah namanya, Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama2nya.. hehe
dah siap goreng pon.. camana? biarpon bkn gred A karipap aku ni, tapi aku  puas, sebab aku
dapat belajar buat.. dan aku akan terus belajar buat lagi..hehe..
** Inti karipap plak agak masin..hehe.. lorry garam terbalik daaa... hahaha
Harharhar..
ini baru sikit citer aktiviti masa lapangku, ada lagi citer yang aku nak kongsi dengan korang2 
semua..
tunggu next entry ok!
chow!

Monday 10 December 2012

~Pantangku~

Jom, aku nak share kisah aku berpantang ni..hehe
untuk kali ni, aku dah ambil keputusan untuk berpantang di rumah aku sendiri.. 
bukan kerana apa, aku tak nak menyusahkan kedua-dua keluarga aku ni.
biarlah aku menjaga diri aku sendiri.. Xpe la, Mr. Suami ada bersama aku kan, dia banyak menolong 
aku sepanjang minggu awal aku berpantang..

Tapi sebelum aku bersalin, aku dah awal-awal g cari Buku Resepi untuk wanita berpantang.. hehe
nak memudahkan Mr.Suami masak menu pantang ni..hehe

Inilah bukunye.. hehe.. aku beli dekat MPH Alamanda

Semua menu untuk aku makan masa berpantang, Mr.Suami ikut buku resepi ni.. 
Aku sangat-sangat berterima kasih kpd Mr.Suami sebab sedaya-upaya menjaga aku.. Terima kasih kerana menyayangi diri ini.. 

Aku sangat respect Mr.Suami dalam menguruskan aku dan baby masa awal aku berpantang, yelah.. dia sendiri yang mandikan baby.. al-maklumlah..berpantang sendri kan.. orang tua xda, so semua kena buat sendiri la.. kan bagus tu, untuk pengalaman sendiri..



Tq Mr.Suami.. Entry akan bersambung lagi nanti k!

Cuti Panjang

Ada yang tau dan ada yang tak tahu.. pasal apa? hehee
pasal yang aku sedang bercuti panjang.. 3bulan
Harharhar.. cuti bersalin daaa.. saja je amik 3 bulan sebab nak rest, lepak kat umah
menghabiskan masa lapang bersama anak2 sambil membuat aktiviti-aktiviti yang aku suke\
apakah ia? memasak la, aktiviti yang aku suka.. (bila rajin) hehe

Sebenarnya aku dah lama memujuk Mr.Suami untuk membeli oven

KENAPA???

sebabnya aku ni selalu teringin nak belajar buat kek..
hobi aku ni dah lama, cuma tak ada barang menyebabkannya terbantut..huhuu
disebabkan aku berminat sangat nak memasak, aku rajin ler melayan program-program masakan ni..
contohnya macam Masterchef, Hell Kitchen, Cake Boss, Cupcake DC, Iron Chef dan macam-macam lagi la.. sebab apa, bila tengok orang2 ni masak..aku syok sangat.. mcm senang je..heeee.. :)

dan akhirnya aku dapat beli oven dan kelengkapan-kelengkapan untuk membuat kek.. beli kat mana?
barang2 elektrik macam oven dan mixer tu aku beli dekat Care4 Alamanda, pastu bahan-bahan untuk baking aku g beli dekat Yummy, di Bangi (Seksyen brapa? aku xingat) tapi sapa2 yang suka buat kek atau pastry yang dok area Bangi, Kajang dan Putrajaya ni mesti tau kat mana kedai tu.. hehe

Aku ni memang pernah buat kek..tp yg sbnrnya aku ni xtau nak buat kek.. main problem aku masa tu ialah, aku tak reti pakai micowave oven yang aku beli.. dah la beli mahal..huh! jenama Samsung.. ada sapa2 nak? leh pm aku..hehe

**Pernahlah dulu aku buat kek, tapi hangus..harharhar.. berasap satu rumah masa tu aku bekerja dekat Perlis..hehe.. bayangkanlah, kucing2 aku c Danny dan Terry berlari lintang pukang dalam umah sebabnya tengok dapur umah dah penuh asap.. yang aku dok melepak dalam bilik time tu dok berangan nak makan kek ar kononnye.. sekali, hampa.. last sekali, g kedai kek..beli kek siap..hahahaha.. lepas kejadian tu, aku tak buat kek dah..hehe

 untuk permulaannya, aku beli tepung instant je.. hehe (nak test laa..takut xjd cm dulu) dan Mr.Suami pon dah terangkan aku dengan jelas sejelas jelasnya cara penggunaan Oven yang beli ni.. yang lawaknya masa nak beli oven ni, budak promoter tu dok promote2 oven kat aku, dok promote yang pelik2.. aku terus cakap, dik..xyah la promote yang bukan2..sebab nanti akak yang tak reti pakai..hehe.. akak nak yang simple2 je yang mudah pakai..hahaha... so, yang jenis ni la aku beli.. tu pon cara2 guna oven ni, Mr.Suami yang baca dan terangkan kat aku..hehe 

Dan bermulalah Misi pertama aku..
Pada keesokkan paginye, aku terus g dapur dan membelek2 bahan2 yang aku nak try buat ni..hehe
xcited giler beb...!!

Percubaan pertama..hehe

Haaa..gambar kat atas ni lah, percubaan aku yang pertama membuat Chocolate Muffin.. nyumnyumnyum..
rasanya sedap *chewah! leh la puji diri sendiri sebabnya aduan instant je..ahaha
dah siap buat ni, aku terus g hantar umah pengasuh Iman dekat tingkat 13..hehe
iyelah, xcited nak bagi anak makan..hehe.. 

kalau nak tau, hari tu sampai 2x aku baking muffin ni.. yang chocolate muffin ni, masa siang tu.. 
malam, aku buat vanilla muffin untuk Mr.Suami plak..hehe

Vanilla muffin with Love... (kelas x namanye..hehe)
Haa.. aku buat yang 2nd ni special untuk Mr.Suami sempena Anniversary kitaorang yang ke 3.. tu yang namanya ada jiwang-jiwang sikit tu..hehe

esoknya tu, aku buat apa? aku deco2 la muffin aku tu..hehe.. yg ni pon 1st time buat..

~Special for Mr.Suami~
yang aku deco2 muffin ni 3 biji je..hehe.. saja nak test2..kuikuikui..

Oklah, nanti kalu aku buat kek lagi aku update dalam ni eh..hehe.. tapi aku bukan profesional tau..hahaha
ok..chow!


Thursday 6 December 2012

~ Kisah Nak bersalin ~

Story la pasal Nur Aishah Sofia, anak perempuan ke dua aku... hehe.. sebab apa, xda story pasal Aishah lagi dalam entry aku ni kn.. hmm.. so, suke hati aku ler nak story pasal pe pun kan.. ish..ish..ish..

Mulanya camni, chewah! macam citer apa plak.. harharhar..

Kalu nak dikirakan Aishah ni lahir overdue dari tarikh yang sepatutnya.. kira lebih kurang seminggu lepas due sebenarlah.. masa dok menunggu kelahiran aishah, aku sampai sedih sangat lah.. orang lain yang due sepatutnya lewat dari aku dah selamat bersalin pon.. yang aku, xbersalin2 lagi.. 
family semua dok tanya, bila nak bersalin.. ada rasa sakit ke tak.. mcm2 lah soalah yang disoal kat aku ni.. macam kena soal-siasat kes besau plak..hehe

dalam seminggu pada tarikh yang sepatutnya aku bersalin tu, aku dah amik cuti rehat.. nak standby lah kononnye.. aku keluar berjalan2 sorang2.. kalu nak kire g berjalan kat alamanda tu adalah 2x kot.. pusing satu alamanda sampai boring.. sebabnya doktor cakap kalu banyak berjalan senang nak bersalin.. haa.. ini ada lagi satu tips yang doktor dan nurse cakap kat aku.. 18sx la sikit.. katanya kalu nak senang bersalin lagi, husband and wife kena kerap bersama.. katanya itu adalah ubat induce yang semulajadi dan akan memudahkan ibu bersalin.. so, kpd sapa2 yang dah dekat nak bersalin, cubalah.. 

Ok, continue story lain.. pada 16 Oktober 2012, kat umah lah.. kebetulan sehari sebelum tu keluarga mertua aku ada datang rumah aku ni.. adik ipar aku nak g jalan2 kat alamanda, sebabnya dia dah dok umah saja kan, nak la amik2 angin luar.. hehe..Lepas lunch, Mr.Suami aku adalah suruh aku join adik ipar aku g berjalan, masa tu aku mcm nak.. mcm xnak pon ada.. tetibe takut semacam sebabnya, malam tu aku dah start rasa sakit2, cuma nya aku rasa xkuat mana.. so, aku xla ikut adik ipar aku g alamanda.. Mr. Suami plak g opis..

Jam lebih kurang pukul 4 lebih, aku start rasa2 sakit.. tapi aku buat xreti je lagi.. dok galih2 badan..trasa sakit sangat.. mula-mulanya aku taip sms dkat Mr.Suami aku.. pastu hilang plak rasa sakitnya, aku pon delete balik sms tu..hehe.. pastu xsmpai 5 minit aku sakit lagi.. eh, aku dah start rasa pelik.. lepas 10minit lebih kurang aku dok sakit selang seli camtu, aku pon call Mr.Suami bagitau yang sakit aku dah makin kerap, dia pon siap2 nak balik.. contact ler adik ipar aku minta amik dia dkat opis, sbb nya dia g opis ptg tu adik dia hantar.. punye lah kelam kabut lagi jadiknye bile adik ipar aku xjwp call.. sms pon xreply.. camana ni, sakit aku dah makin kuat, aku xboleh duduk dah.. hanya berdiri.. aku keluar dari bilik.. mak mertua aku bagitau abah mertuaku dah bertolak balik muar, huhuuu.. makin takut dah aku ni.. cmana aku nak buat ni..

Tak lama lepas tu, Mr.Suami cakap dah dapat contact adik, dan suruh aku standby sebab diaorg otw balik..
aku standby dah pon.. sampai2 je Mr.Suami dekat umah, kami pun gerak ke hospital. Ya Allah, masa jalan nak ke lift pon, punye seksa.. sakit sangat2 dah.. nak boleh sampai dekat keta tu, bayangkanlah, aku dh berpeluh-peluh.. nak langkah kaki satu-satu pon dah xmampu.. masa tu aku masih dalam tandatanya lagi betul ke aku dah nak bersalin ni, sebab apa.. apa2 tanda pon xda kecuali sakit konstraksi tu laa.. 

Sampai je kat Wad Bersalin Hospital Putrajaya, aku terus g dekat kaunter bersama Mr.Suami, dan repot dekat nurse yang bertugas kat kaunter tu yang aku dah sakit sangat.. dia suruh masuk dalam untuk check. Bile dah masuk tu.. doktor pon check "bawah". katanya masa tu dah buka 5cm. Dia minta nurse yang aku prasan nama dia Mary check kekerapan kesakitan aku tu.. dan masa tu doktor tu dok berbincang2 dgn doktor yang lain.. pastu masa bincang2 depan aku tu, diaorg ingat nak transfer aku ke wad bersalin di Presint 8 sebab katanya bilik bersalin penuh. Tapi bile refer pakar, pakar xbagi sebabnya kekerapan kesakitan aku dah makin banyak, lepas tu aku dah overdue.. so, xlama lepas tu nurse tu tanya aku.. puan rasa nak push ke? sebab dia tengok aku yang dah xtahan sakit yang amat.. berpeluh2 biarpun dok dalam aircon.. aku jawap ye..saya rasa nak BERAK sangat2 dah ni.. nurse tu terus panggil doktor tu balik, dengan segera doktor tu check dan dia plak yang kelam kabut katanya baby dah nak keluar, dah FULL!!! 

woooo... masa tu, nurse tu terus meyerengkan badan aku, dan siap pesan kat aku.. kalu puan rasa nak berak, tahan dulu.. jangan berak lagi.. aik?! hehe 
(hanya orang yang pernah bersalin je tau kenapa)
diaorg dengan segera tolak aku ke bilik bersalin, dan tak sampai berapa minit aku nampak Mr.Suami datang pada aku, berdiri disebelah aku.. Ya Allah, dah sampai ke masanya? aku dah dikelilingi doktor dan nurse.. masing2 bagi kata2 semangat pada aku untuk PUSH baby.. dan Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan.


~Inilah kali pertama Aishah berada dalam dakapan ibu, ibu akan sentiasa menyayangi Aishah sampai bila-bila~
~Masa ni di Labour Room~
 Itu je lah coretan untuk entry kali ni, akan sambung lagi dengan entry2 yang lain k! luv Im' Aish

ehem..ehem.. it's back!




Wow..

amik masa jugak la kan nak buat renovation pada blog ni.

snap gambar ni masa tengah dok ejas2 blog ni..hehe

Al-maklum aje, aku ni bukannye PRO.. nak boleh buat satu-satu jenuh gak.. dengan Ladtop ni yang banyak kali hang.. huhuu.. barang lama, tapi sangat berjasa ni.. kire arr... screen ladtop ni skrg dah xleh stand sendiri.. terpaksa aku rapatkan ke dinding... sebab apa? haa... semua nie keja anak sulung kesayangan aku tu ler.. sapa lagi kalu bukan Iman.. hehe...


inilah suspek kejadian flatscreen ladtop ibu..huhuu

dia boleh plak duduk atas ladtop ni.. dah jd flat screen dah...hahaha... sabor je laa... nak marah anak kn.. barang leh ganti, kalu nak la.. anak tu x la.. tapi kena marah jugak la iman masa tu.. hehe..

eh, korang x caye? nak tengok?? ok !


udah jadi flat screen ladtop aku! apa buleh buat.. pasrah!

Haa... camtu ler jadiknye... masa awalnya aku ada gak pujuk-pujuk Mr.Suami nak beli ladtop baru.. konon-kononnye susahla nak pakai ladtop ni... sebab dah screen patah kn.. huhuu... berangan nak pakai MAG (Apple) la kononnye.. tapi bile di pikir2 balik, xpe la.. ladtop ni memang tinggal kat umah je laa.. pakai kat umah.. xda masalah la kalu patah pon.. sebab function yang lain masih elok lagi.. contohnya inilah.. aku masih boleh guna ladtop aku ni untuk update blog aku ni.. banyak jasanya...hehe

Hai.. 1st post citer pasal ladtop aku jerk eh.. hehe.. jangan marah k! aku akan sentiasa mengupdatekan blog ni..sebabnye banyak masa terluangkan sekarang... cuti 3 bulan.. tapi accually dah tinggal sebulan je..uhuhu.. next month dah masuk keja balik.. brapa haribulan? haaa... yang tu aku xtau..sebab aku xda tanya kat admin aku.. ahahhahaha.. semangat nak cuti je aku ni.. masa cuti ni aku buat macam2 tau.. 1st skalinye of couse la jaga baby baru aku Aishah Sofia kat umah.. lagi apa aku buat? haaa... aku buat kek!!! hehe.. nanti story pasal kek yg aku buat plak ye.. siap ada sifu lagi.. hehe... semua tu story on the next post ye..

okeylah, nak g masak untuk tengahari... (biarpun dok sorang kat umah, hari2 masak tau tengahari..hehe.. rajin kan aku!) alamak, aishah dah nangis.. kna g tengok aishah dulu la.. pastu masak!

ok, bye!


Friday 30 November 2012

New Entry akan bermula setelah aku buat renovation pd blog ni eh.. :)



TUNGGU !!!!

Wow.. setelah sekian lama menyepi.. banyak nak story ni.. hahaa

Assalamualaikum..

dah lama betul blogger ni menyepikan diri kan..hehe.. sorry ye kawan2ku sekalian..
lepas ni aku akan mencuri2 masa lapangku untuk menyambung blog aku ni..
untuk permulaanye.. nak bgtau, dah sebulan lebih usia baby baruku.. Nur Aishah Sofia..
welcome to da' family :)

banyak yang aku nak story.. pasal Nur Iman Shafiyah, of course laa... banyak citer pasal iman..
pastu akan sambung pasal Aishah pulak.. pasal aku sendiri pon ada.. dan termasuk skali pasal
suamiku yg tercinta..

tapi bukan sekarang kot.. baru start menaip.. dah dengar suara si kciik tu memanggil2.. hehe..
nanti next entry i akan start ok.. take care...




Monday 30 July 2012

Menghitung Hari

Assalamualaikum..

dah lama sangat aku tak update kan citer-citer dalam blog aku ni.. Padahal bukan nye busy sangat pon..
tapi entahlah, mood tak berapa nak ada kot..hehe.. hari ni kenapa leh ada mood? sebabnye aku dah menyumbatkan telinga aku dengan earphone sambil dengar lagu dan tak terganggu oleh bunyi-bunyi sekeliling yang tak berapa aku nak dengar.. it's better... tapi confirm-confirm la, org panggil aku, aku tak dengar..hehe.. sowi eh..

Why aku choose title Menghitung Hari? entahlah aku sendiri tak tahu kenapa.. hehe..
banyak yang aku sendiri tak tahu kenapa ni..OOooo kalu nak dikirakan.. menghitung hari untuk
deliver 2nd baby ni pon ye jugak kot.. Al-maklumlah sekarang dah masuk 7 bln lebih.. Hmm.. kejap je masa berlalu.. baby pon aktif sangat dalam perut ibu.. pergerakkan dia, bukan main.. sama aktif dengan kakaknye yang kat luar.. Tak sabar nak main sama kot..hehe

nurse dah pesan pon kat aku suruh start wat tanda untuk pergerakkan baby.. tp aku tak buat-buat pon.. InsyaAllah, baby sihat.. sebab dia bergerak je sentiasa... bile ibu tido je, dia akan ikut tido... kalu ibu sedar, huhu... dia pon start la bergelodak dalam perut ibu.. hmm.. kadang-kadang tak sabar nak deliver cayang ibu dalam perut ni..tapi kadang-kadang tu terasa nebes plak.. takut.. ntahlah, biarpun dah ada pengalaman masa deliver Iman dulu tapi tetap takut...huhu.. biasalah kan, masa kita deliver tu, kita bertarung nyawa.. Ibu harap baby sihat ye.. ibu sayang Kakak Iman dan baby jugak...

Last week, abang sayang tanya aku.. nak bagi nama apa untuk baby eh? sebabnya dia cakap dah kena pikir ni, baby dah 7bln lebih.. hmm.. betul gak.. ada nama-nama yang bermain di kepala aku ni, tapi tak tahu la.. kali ni biarlah abah yang pilih nama untuk baby ye.. sebab dulu nama kakak ibu dah pilih.. :) nama kakak sesuai dengan orangnya sebab dialah kekuatan ibu disaat ibu lemah.. iman cahaya segalanya buat ibu disaat ibu terasa gelap kehilangan orang yang ibu paling sayang dalam hidup.. kemarin masa kat kampung, Muar.. dok tengok-tengok gambar kenangan arwah abah.. bila tengok gambar tu, aku tanya Iman, "Iman, ni sapa?" Iman pon jawap.. "Atok"... Iman kenal arwah atok biarpun tak pernah jumpa.. ibu terus menitiskan airmata, kesian Iman.. dalam hati aku, kalu arwah abah masih ada, iman mesti manja sangat dengan tok abah.. sekarang iman nak menumpang kasih atok muar je.. jadilah, biarpun selalunya terpaksa mengalah dengan sepupu-sepupu yang lain..  (tiba-tiba airmata dah berlinangan..dan bercucuran pon.. ) dan aku rasa aku perlu stop menaip sekarang.. sebab aku tak mampu nak teruskan dah.. kehilangan itu terlalu perit untuk aku.. "Abah, U rindu sngat-sangat kat abah.."

oklah, insyaAllah akan bersambung lagi.. take care..

Monday 28 May 2012

Monday morning new story

Assalamualaikum wbt

Selamat kembali bertugas lepas berhujung minggu
terasa lemau, boring? 
penat sangat terasa ye.. kalaulah weekand tu leh tambah kepada 3-4 hari lagi
hehe..
so, bilenya plak yang nak bekerja kan.. so, kenalah redha
kerja dengan semangat sehabis mungkin..
bagus-bagus.. masing2 keep that spirit ye..

Hari ni nak story kit la about my Nur Iman Shafiyah
yang dijangkiti ChickenPox plak...
start last week on Thursday..
masa lik kerja baru perasan
ada beberapa bintik-bintik merah pada badan iman..
poor iman, baru baik dr 1 sakit, dah kena yg ni plak..
nak buat camna kan..

balik2 rumah, ibu dan abah mulalah checking badan iman..
discover banyak dah naik bintik-bintik merah pada muka dan belakang iman...

masa ni baru sikit-sikit kat muka iman

dekat belakang iman pon dah ada..
lepas discover iman banyak bintik-bintik merah ni
ibu and abah decided utk bwk iman g klinik
utk pemeriksaan lanjut
as usually, bawak iman ke klinik An-Nur dkat presint 15..

lepas diperiksa doktor 
confirm yang iman dah kena chickenpox
dan doktor advice utk asingkan iman dari ibu 
('_')
poor iman and also poor ibu..
sebabnya ibu kan tengah membawa baby dalam perut ni
doktor xnak efect kepada baby dalam kandungan 
apa buleh buat, redha je lah...
abah la yg terpaksa jaga iman on behalf of ibu..huhuu
abah terpaksa amik cuti panjang..
untuk jaga iman..
sorry ye abang, we have to berkorban utk anak kita..

on the second day, ibu terpaksa mencari air kelapa muda
untuk bagi iman minum..
semua ibu kena buatlah, sementara abah di rumah 
taking care of iman..
ibu mencari sampai ke Gate 1, putrajaya..
Alhamdulillah, jumpa dan beli sampai 3 biji dan xkopek pon..hehe

pas iman minum, makin banyak klur chickenpox tu..
hope cepat2 klur dan iman leh la cepat recover dari penyakit tu...

tengoklah belakang iman yg dah makin banyak klur..

banyakkan.. 

haaa....dont u dare come near me..huhuu
makin banyak dan makin banyak keluar..
tengok iman dah semacam je..hehe
mau x nye, penuh badan dengan ubat sapu klinik tu..hehe

thanks to mama, abe and wan sbb bagi daun bambu tu..
mama sbb call abe utk amik daun tu..
abe sebab susah payah g kutip daun tu dkat office lama nye dkat sg.besi 
dan utk wan yg tlg hantar daun yg wan amik dari umah mama ke rumah aku semalam..
thanks a lot ye..
jasa kamu-kamu semua dikenang..

belah petang semalam pulak
rombongan datang melawat iman dkat umah..
mama, wan, kak long, azmie and raziq datang umah
tengok iman..
iman pon ceria je sebab ramai orang...
hehe
mana tak nye, slalu dok bertiga je dengan ibu dan abah kan..

sekarang ni, ibu sedang bekerja dipejabat
dan abah sedang menjaga iman di rumah
hope semuanya ok..
ibu baru pas kol abah, abah cakap..
iman dah makan bubur nasi dan dah makan ubat pon..
alhamdulillah

thanks to my husband yang banyak membantu
i love u..

okeylah, soon continue lagi ye..



Tuesday 15 May 2012

citer2 disekelilingku

Assalamualaikum
hye.. amik masa sikit nak update blog
write new entry...ewah..hehe
sebelum klur g Effective English Comunication Skills dekat 
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

story benda simple2 yg berlaku disekeliling aku je la
pasal apa? 
of course la pasal anak dan suami kesayanganku..hehe
semua pasal aktiviti diaorg weekand lepas arr..
boleh la kn..
Layan jelah beb..

~ni lah gayanye bila tibe time dia nak bergaya, layankan aje~
Weekand yang lepas, xda watpe pon dkat umah..
cume melayan suami aku yg dah lama xmain ps2 dia
main gitar hero..
layan beb..tapi aku xterror la, aku main stage easy je pon..ahahaha..

~bile abah main game, iman pegang joystick (btul ke namanye tu? hehe)

~xpandang ibu kat blakang dah~

~anak ibu pandai ke main ni? ke abah bg pegang je..hehe~

~inilah dia bendanye.. gitar hero~
Bersempena dengan Hari Ibu kan, biar jelah
layankan aje..
petang tu, aku masak bihun goreng je 
bawak balik umah mama di Pantai Dalam
untuk celebrate bersama2 dengan adik beradik aku yang lain

~puas main game, iman ajak ibu main ball plak.. ball bru beli..huhuu~


saja je aku selitkan gambar2 mainan dan buku iman ni
bosan lak..xda idea nak taip pe..
sebabnye xberapa tenang kat cni..

oklah, aku nak siap2 nak g kelas..
to be continue eh.. mcm biasalah..
dont forget to read my entry yg xbrapa best ni..
kot2 korang boring..hehe



Labels