Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday 30 August 2011

Hari ini Hari RAYA !!!!

Assalamualaikum wbt.. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua...
Apa juadah di pagi raya tadi? hmm.. mesti sedap kan.. pagi tadi pas makan pagi.. kami ada sesi bergambar.. Alhamdulillah..suke... pastu sesi bersalam-salaman, bermaaf-maafan... and sesi memberikan duit raya kepada anak-anak buah.. hehe... iman tidak terkecuali mengumpul duit raya untuk tahun ni.. hehe.. Alhamdulillah, ada rezeki Iman... nanti masuk bank k.. untuk kegunaan iman jugak nanti... :)

Okeylah kawan2, aku uploadkan gambar2 untuk tontonan semua.. :)

Gambar ni amik malam tadi, masa iman main bunga api.. hehe

Posing dipagi raya.. :)

Warna tema tahun ni adalah purple :)

Selamat Hari Raya buat semua kawan2

Jom g raya!!!!

Sesi bermaaf-maafan dan bersalam-salaman bersama Abah & Mak

Keluarga Besar @Muar... 

Bersama Atok Perempuan belah Mak

Pose kat umah ni.. hehe

Monday 29 August 2011

Esok Raye!!!

Assalamualaikum wbt... InsyaAllah, hari ni adalah ramadhan terakhir untuk tahun ni.. InsyaAllah aku masih ingin bersama ramadhan di tahun2 yg akan datang.. Ya Allah, panjangkanlah umurku..

hye semua, apa khabar? hari ni aku bajet semua sedang sibuk menyediakan juadah untuk hari raya esok kan.. ada yang sibuk siang daging, siang ayam, siang ikan.. kukur kelapa (ada lgik ke yg sanggup mengukur?) atau berbaris panjang menunggu je santan siap di kedai.. hehe.. ( ikut citer husband aku pagi tadi, punyelah ramai yang beratur nak beli santan.. dari pukul 830 pagi beratur panjang, pukul 1030 pagi baru berjaya membelinya.. sambung lik pasal penyediaan juadah untuk raya esok,.. mesti ada yang dok kukus pulut, yang masukkan beras dalam daun ketupat.. ada yang start merebus ketupat, ada yang dok sibuk blander bawang n rempah2 untuk buat kuzi.. ada yg dah start mencucuk daging ke lidi nak buat sate.. ada yg sibuk wat kuah kacang.. ada yang sibuk menebar roti jala.. Wah, bak kata orang semua sibuk la.. sok dah nak raya...

aku plak tadi ni sibuk mengironkan baju2 raya... baju melayu (cekak musang) husband aku, bersama samping, jubah purple aku, baju2 kurung aku, baju2 kurung & baju gaun Iman.. tshirt raya husband aku... eh, masing2 dok wat preparation utk raya la kan... udah selesai kerja2 mengiron, aku nak rest la kejap, sbb tu amik masa utk update blog..  kat cni aku masukkan skali gambar2 adik ipar ku n mak mertua aku masa nak merebus ketupat... :)

Ketupat Bawang yang telah diisikan dengan beras, ready untuk direbus ye.. dalam banyak2 ni, ada gak yg datangnye dari tangan aku yang mengayam untuk kali pertama.. hehe

Mak sedang memasukan ketupat di dalam periuk untuk direbus... adik tetap pose biarpun berlawan dengan asap tu.. hehe

kali ni adik plak yg masukkan ketupat

Saturday 27 August 2011

pra-raya ~Making Ketupat~

Assalamualaikum semua...
Sekarang ni aku berada di kampung suamiku iaitu di Muar, Johor.. pagi tadi selepas bersahur jam pukul 6 pagi kami bertolak balik sini.. sampai sini lebih kurang pukul 8 lebih2 sikit la.. dah balik cni, 1st benda buat hari ni ialah tengok mak mertua aku membuat kek.. huh, baunye xingat masa mak mertua aku membakarnye... xsabar nak makan masa berbuka nanti.. dengar2nya abah mertua aku nak makan mee sup petang ni, aku tak berapa gemar dengan mee sup, tp makan je la.. hehe..

Tengahari tadi plak, husband aku mengajar aku menganyam ketupat.. (betul kot org panggil menganyam ketupat) hehe... terror tu husband aku buat ketupat bawang... (katenya la nama ketupat tu...) aku dulu pernah belajar dengan arwah nenek aku buat ketupat palas.. dalamnye beras pulut... sedapnye.. rindu nak makan ketupat palas mek (arwah nenek aku ler).. ketupat bawang ni akan diisikan dengan beras pastu akan direbus sampai masak..(chewah, mcm pernah buat plak..padahal...hehe)

okeylah, Uol enjoy2 la ye menengok gambar masa menganyam ketupat bawang tadi... bye!

Gaya xpert buat ketupat bawang...

masa ni baru berjaya buat dengan ajaran husband ku yg tersayang...

adik yg sedang tekun mengayam ketupat

dah mcm pertandingan mengayam ketupat la plak.. hehe

Friday 26 August 2011

Bile Iman test baju raya...

Assalamualaikum semua..
Dok watpe masing2 ek.. aku ni sempat lagi la mengUpdatekan blog aku ni sebelum
operasi mengemas baju2 yg nak dibawak lik beraya... perancangan kami (aku & husband)
kiteorg nak gerak lik muar pagi2 sok, pas sahur.. doakan keselamatan kami ye..

Raya ni lik beraya di Muar dulu.. pastu raya ke 3 kami akan bertolak balik ke Kelantan...
nak beraya dengan family aku plak di kelantan.. nak jumpa atok dengan nenek.. dah lama xjumpa...

ni aku nak uploadkan gambar iman masa dia test baju raya nye.. hehe...
tahun ni 1st time dia nak menyambut raya, dulunya dia baru lahir... dan pada raya ke 5, iman akan cukup
setahun umurnya.. hehe... nak celebrate birthday iman nanti.. :) tahun ni je iman dah ada 3 pasang baju kurung.. comei sngat anak ibu pakai baju kurung.. 2 pasang siap g tailor tu, siapla ukur badan, macam org dewasa plak.. yg sepasang lagi, tokma yg bagi.. (tq tokma)

sambil2 aku mengUpdate blog, Abah iman watpe? haaa... mcm biasalah aktivitinye.. main gitar heronye.. hahaha.. konon2nye nak mainkan lagu utk aku... cheh, poyo...!!! tp aku layan aje.. dah tu minat dia... hehe.. aku nak try, tp xreti so.. malasla..

Suke btul anak ibu ni.. kihkihkih

haa...camna cun x iman berbaju kurung?

sehati berdansa

pencarian muslimah sejati

alololooo..anak ibu ni la..

baju ni tokma belikan..

tomei tak saya?

alahai, sejuk je rasa tengok anak ibu ni...
okeylah, UOL layan la tengok picture2 iman ni ye.. semua ni pra-raya.. belum raya lagik.. bru testing baju..hehe...

Ibu Iman jumpa Mama Kamilia

Mama mengah ke tu? hehe
 Assalamualaikum semua..
dah beberapa hari tak update blog ni, sowi ye.. bukan apa.. aku outstation.. g ipoh, perak...
Masa kat ipoh, aku g jumpa la BFF aku.. Nurul Farhana Jesslia... tengoklah dia dah semakin sarat.. besar dah baby dalam perut.. Harap mama & baby sihat sentiasa...
baby dok watpe tu dalam perut mama??

active ye anak mama dlm perut tu..

BFF... 

Monday 22 August 2011

Iman @ Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua, Iman sekarang bersama dengan Mak & Ayah (pengasuhnya) di Teluk Intan.. Iman ni bile ada dengan diaorg xda kisah sangat kat Ibu.. tadi masa ibu nak tinggal, dia salam ibu pastu cium pipi ibu... pastu dia wat xkisah dah pasal ibu.. mentang2lah Mak ada kn.. hehe..

Xpe la, aku bersyukur sangat2 ke hadrat Ilahi kerana ada yang sangat menyayangi diri Iman..

okeylah, nak study kit... (padahal dah mengantuk giler...heeheee)
bye!

Al-Fatihah buat ayahandaku yang tersayang

Arwah abah bersama mamaku sewaktu hari persandinganku...
Assalamualaikum semua.. Maaflah sebab tulisanku malam ni syahdu sikit.. bukan kerana apa, tadi sewaktu aku dok mengodek2 memory card handphone aku yang lama, aku telah menjumpai sesuatu.. Sebelum tu, aku nak kongsi dengan korang semua bahawa dulu, aku ada hobi. hobi aku tu ialah merekod setiap panggilan telefon yang aku buat.. dan korang mesti nak tau kan, apa yang aku jumpa tu.. aku telah menjumpai rakaman perbualan telefon antara aku dengan arwah abah. masa tu diawal kehamilan aku. bila terdengar suara arwah abah,aku sedih sangat2.. aku sangat merindui arwah abah.. aku trasa dia sentiasa berada dengan aku. teringat aku telatah2nya.. dia sangat happy orangnye. suke menyakat orang terutamanya anak2nya dan juga mamaku..

Akan tetapi, pada 13 June 2010 jam 6pg.. arwah abah telah meninggal dunia bertemu dengan penciptanya Allah SWT.. pada masa tersebut aku sedang sarat mengandung.. sedih yang amat aku rasa, tapi aku cuba tabahkan hati dan redha dengan pemergiaannya.. Allah SWT lebih menyayanginya.. Bersyukur kepada Allah kerana memberikan dia kemudahan untuk pergi setelah menghidap penyakit Barah Otak yang sudah berada ditahap kritikal iaitu tahap 4 sewaktu kami sekeluarga mengetahuinya.

"Abah, U xkan lupakan setiap pesanan abah... U akan cuba untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada cucu abah, biarpun abah xsempat melihat Iman, U redha dan bersyukur juga kerana abah mengetahui yang U dah mengandungkan cucu abah.. Abah, U xkan berhenti menyayangi diri abah biarpun abah sudah tiada kini.. semangat dari diri abah akan sentiasa ada dengan U.. U sayang abah sangat2.. U doakan semoga roh abah tenang di sana"

abah yang kusayangi
Baiklah kawan2.. gambar2 yang aku kongsikan ini adalah kenangan terindah bersama arwah abahku.. sama2 kita sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah. amin.
 
masa ni hari raya.. aku rindu untuk beraya bersama arwah abah...

Lihatlah senyuman arwah abah yang sentiasa memberikan ketenangan kepadaku

Saat2 manis bersama

u sentiasa sayang abah

gaya abahku...

Arwah abah bersama dengan ibunya... 

Sekiranya aku trasa kehilangannya, apatah lagi mamaku... arwah abah sentiasa berada bersamanya...

Disaat pernikahanku...

U akan sentiasa merindui senyuman ini
Kenangan terindah bersama


Disaat abah koma, anak2 serta mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abah..

Semoga abah tenang disana...
senyumanmu, telatahmu, ajaranmu akan sentiasa dirindu...


Sunday 21 August 2011

Kursus Menjadi Pengacara bersama Aziz Desa & Dahlan Maamor

Syarifah Qasnoraziehsari...

Bakal pengacara terkenal bersama Aziz Desa yang memang dah terkenal... hehe

Mengambil kesempatan bergambar dengan orang yang berpengalaman

sedang mencari isu2 
sempat aje nak menyelit...huhuuu


pengacara Dahlan Maamor

my best buddy - Sya & Moly

Aziz Desa xtau nak buat apa daa...

Ada bran? 

wah, bukan senang nak jumpa Aziz Desa tau...

pengalaman yg xakan dilupakan...

moly
masing2 sedang tekun mendengar...



Labels