Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday 22 August 2011

Al-Fatihah buat ayahandaku yang tersayang

Arwah abah bersama mamaku sewaktu hari persandinganku...
Assalamualaikum semua.. Maaflah sebab tulisanku malam ni syahdu sikit.. bukan kerana apa, tadi sewaktu aku dok mengodek2 memory card handphone aku yang lama, aku telah menjumpai sesuatu.. Sebelum tu, aku nak kongsi dengan korang semua bahawa dulu, aku ada hobi. hobi aku tu ialah merekod setiap panggilan telefon yang aku buat.. dan korang mesti nak tau kan, apa yang aku jumpa tu.. aku telah menjumpai rakaman perbualan telefon antara aku dengan arwah abah. masa tu diawal kehamilan aku. bila terdengar suara arwah abah,aku sedih sangat2.. aku sangat merindui arwah abah.. aku trasa dia sentiasa berada dengan aku. teringat aku telatah2nya.. dia sangat happy orangnye. suke menyakat orang terutamanya anak2nya dan juga mamaku..

Akan tetapi, pada 13 June 2010 jam 6pg.. arwah abah telah meninggal dunia bertemu dengan penciptanya Allah SWT.. pada masa tersebut aku sedang sarat mengandung.. sedih yang amat aku rasa, tapi aku cuba tabahkan hati dan redha dengan pemergiaannya.. Allah SWT lebih menyayanginya.. Bersyukur kepada Allah kerana memberikan dia kemudahan untuk pergi setelah menghidap penyakit Barah Otak yang sudah berada ditahap kritikal iaitu tahap 4 sewaktu kami sekeluarga mengetahuinya.

"Abah, U xkan lupakan setiap pesanan abah... U akan cuba untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada cucu abah, biarpun abah xsempat melihat Iman, U redha dan bersyukur juga kerana abah mengetahui yang U dah mengandungkan cucu abah.. Abah, U xkan berhenti menyayangi diri abah biarpun abah sudah tiada kini.. semangat dari diri abah akan sentiasa ada dengan U.. U sayang abah sangat2.. U doakan semoga roh abah tenang di sana"

abah yang kusayangi
Baiklah kawan2.. gambar2 yang aku kongsikan ini adalah kenangan terindah bersama arwah abahku.. sama2 kita sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah. amin.
 
masa ni hari raya.. aku rindu untuk beraya bersama arwah abah...

Lihatlah senyuman arwah abah yang sentiasa memberikan ketenangan kepadaku

Saat2 manis bersama

u sentiasa sayang abah

gaya abahku...

Arwah abah bersama dengan ibunya... 

Sekiranya aku trasa kehilangannya, apatah lagi mamaku... arwah abah sentiasa berada bersamanya...

Disaat pernikahanku...

U akan sentiasa merindui senyuman ini
Kenangan terindah bersama


Disaat abah koma, anak2 serta mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abah..

Semoga abah tenang disana...
senyumanmu, telatahmu, ajaranmu akan sentiasa dirindu...


No comments:

Post a Comment

Labels