Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday 7 August 2011

My Sweetheart

Assalamualaikum..
Hye ! Hmm... yang sebenarnye xtau nak mencoret pe malam2 ni, tp nak jugak menaip.. hehe... oklah, malam ni nak citer pasal sweetheart aku ler.. sapa? selain suamiku... yg kecik molek ni la sweetheart aku... Nur Iman Shafiyah Bt Mohd Shafiq... Iman dah hampir ke 12 bulan @ 1 tahun laa.. hmm...kejap je masa berlalu.. kalu teringat masa mengandung dulu, 9 bulan mengendongkan iman di dalam perutku..pastu aku bertarung hampir 21 jam untuk melahirkan iman di PPUM... nama ini aku pilih kerana banyak yang mengajar aku sewaktu aku mengandung... bertapa besarnya pengorbanan mamaku mengandungkan aku.. bertapa susahnya abahku membesarkanku... iman adalah kekuatan aku disaat aku lemah...mana mungkin aku bertahan di saat2 aku sarat mengandungkan iman, abahku yang kusayangi telah pergi bertemu ilahi.. abah tidak sempat untuk melihat wajah anakku... dan semasa aku mengandung ini jugalah, mengajarku erti ketabahan, kesabaran dan aku kuat demi segalanya. Saat iman dilahirkan, aku menangis dan bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan aku satu lagi peluang untuk hidup di bumiNya ini.. memberikan aku peluang untuk membesarkan anak aku sendiri.. Iman adalah kunci segala2nya pada aku.. dia adalah kekuatan untukku.. Allah telah berikan aku seorang anak yang sangat baik, ceria dan sentiasa menyenangkan aku. Terima kasih Ya Allah. InsyaAllah, aku akan didik dan asuh Iman dengan sebaiknya mengikut kepada lunas agamaMu Ya Allah.. Aku sentiasa berdoa semoga pabila Iman besar nanti iman akan menjadi seorang yang berguna untuk Agama..

Baiklah, coretan berhenti di sini, aku akan kembali lagi nanti..
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Labels