Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday 10 December 2012

Cuti Panjang

Ada yang tau dan ada yang tak tahu.. pasal apa? hehee
pasal yang aku sedang bercuti panjang.. 3bulan
Harharhar.. cuti bersalin daaa.. saja je amik 3 bulan sebab nak rest, lepak kat umah
menghabiskan masa lapang bersama anak2 sambil membuat aktiviti-aktiviti yang aku suke\
apakah ia? memasak la, aktiviti yang aku suka.. (bila rajin) hehe

Sebenarnya aku dah lama memujuk Mr.Suami untuk membeli oven

KENAPA???

sebabnya aku ni selalu teringin nak belajar buat kek..
hobi aku ni dah lama, cuma tak ada barang menyebabkannya terbantut..huhuu
disebabkan aku berminat sangat nak memasak, aku rajin ler melayan program-program masakan ni..
contohnya macam Masterchef, Hell Kitchen, Cake Boss, Cupcake DC, Iron Chef dan macam-macam lagi la.. sebab apa, bila tengok orang2 ni masak..aku syok sangat.. mcm senang je..heeee.. :)

dan akhirnya aku dapat beli oven dan kelengkapan-kelengkapan untuk membuat kek.. beli kat mana?
barang2 elektrik macam oven dan mixer tu aku beli dekat Care4 Alamanda, pastu bahan-bahan untuk baking aku g beli dekat Yummy, di Bangi (Seksyen brapa? aku xingat) tapi sapa2 yang suka buat kek atau pastry yang dok area Bangi, Kajang dan Putrajaya ni mesti tau kat mana kedai tu.. hehe

Aku ni memang pernah buat kek..tp yg sbnrnya aku ni xtau nak buat kek.. main problem aku masa tu ialah, aku tak reti pakai micowave oven yang aku beli.. dah la beli mahal..huh! jenama Samsung.. ada sapa2 nak? leh pm aku..hehe

**Pernahlah dulu aku buat kek, tapi hangus..harharhar.. berasap satu rumah masa tu aku bekerja dekat Perlis..hehe.. bayangkanlah, kucing2 aku c Danny dan Terry berlari lintang pukang dalam umah sebabnya tengok dapur umah dah penuh asap.. yang aku dok melepak dalam bilik time tu dok berangan nak makan kek ar kononnye.. sekali, hampa.. last sekali, g kedai kek..beli kek siap..hahahaha.. lepas kejadian tu, aku tak buat kek dah..hehe

 untuk permulaannya, aku beli tepung instant je.. hehe (nak test laa..takut xjd cm dulu) dan Mr.Suami pon dah terangkan aku dengan jelas sejelas jelasnya cara penggunaan Oven yang beli ni.. yang lawaknya masa nak beli oven ni, budak promoter tu dok promote2 oven kat aku, dok promote yang pelik2.. aku terus cakap, dik..xyah la promote yang bukan2..sebab nanti akak yang tak reti pakai..hehe.. akak nak yang simple2 je yang mudah pakai..hahaha... so, yang jenis ni la aku beli.. tu pon cara2 guna oven ni, Mr.Suami yang baca dan terangkan kat aku..hehe 

Dan bermulalah Misi pertama aku..
Pada keesokkan paginye, aku terus g dapur dan membelek2 bahan2 yang aku nak try buat ni..hehe
xcited giler beb...!!

Percubaan pertama..hehe

Haaa..gambar kat atas ni lah, percubaan aku yang pertama membuat Chocolate Muffin.. nyumnyumnyum..
rasanya sedap *chewah! leh la puji diri sendiri sebabnya aduan instant je..ahaha
dah siap buat ni, aku terus g hantar umah pengasuh Iman dekat tingkat 13..hehe
iyelah, xcited nak bagi anak makan..hehe.. 

kalau nak tau, hari tu sampai 2x aku baking muffin ni.. yang chocolate muffin ni, masa siang tu.. 
malam, aku buat vanilla muffin untuk Mr.Suami plak..hehe

Vanilla muffin with Love... (kelas x namanye..hehe)
Haa.. aku buat yang 2nd ni special untuk Mr.Suami sempena Anniversary kitaorang yang ke 3.. tu yang namanya ada jiwang-jiwang sikit tu..hehe

esoknya tu, aku buat apa? aku deco2 la muffin aku tu..hehe.. yg ni pon 1st time buat..

~Special for Mr.Suami~
yang aku deco2 muffin ni 3 biji je..hehe.. saja nak test2..kuikuikui..

Oklah, nanti kalu aku buat kek lagi aku update dalam ni eh..hehe.. tapi aku bukan profesional tau..hahaha
ok..chow!


No comments:

Post a Comment

Labels