Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday 16 December 2011

Kisah ini pasal kucing aku


Terry Oh Terry


baru jap tadi aku dok tengok gambar-gambar lama dalam
facebook aku dan aku tertengok gambar aku dengan kucing aku ni
yang namanye Terry

~Kisah Terry~
Terry ni adalah kucing yang terbiar yang ada orang buang di pejabat lama aku
di Teluk Intan.
Terry ni takut dengan orang tau
tempat dia hanya di atas pokok belakang garaj kereta jabatan dekat opis tu
Terry ni tak nak dekat orang, takut sangat.


selalunya aktiviti aku dengan husband aku ni
(aktiviti ni kitaorang buat sebelum kitaorang kawen lagi la)
iaitu bagi makan dekat kucing-kucing yang terbiar dekat opis tu
macam-macam nama yang aku bagi kat kucing-kucing ni
dan semuanya manja dan baik dengan aku
nampak je aku dengan husband aku, masing-masing dah menunggu..
hehe
seminggu, kitaorang akan spend duit RM10 untuk beli makanan kucing
secara timbang dekat Pasar Besar Teluk Intan.


nak citernya camni
semua kucing-kucing yang lain dekat opis tu
dah tak takut dengan kitaorang 
kecuali Terry ni
susah betul nak dekat dengan dia
kalu nak bagi makan dekat dia kan, kena panggil dia
dia akan turun datang pada kitaorang tetapi dia akan tunggu jauh
letak makanan, pastu nanti kemudian bila kitaorang dah beredar
dia akan g makan
macam tu lah setiap kali


dan sampailah satu hari ni
 (lepas sebulan dok bagi makan dekat dia)
masa kitaorang bagi makan dekat dia la..
dia berani datang dekat
pastu dia belakangkan badan dia
macam sengaja nak bagi kitaorang pegang belakang dia
bila husband aku cuba pegang, dia bagi
pastu dia lari.. tapi tak jauh
pastu dia datang balik dekat kitaorang
rupanya dia dah boleh terima kitaorang
mungkin sebab dia tengok kucing-kucing lain manja dengan kitaorang kot.. 
hehe

(korang-korang semua jangan tak percaya tau, kucing ni ada perasaan.. naluri kucing kuat, dia tau bila disayangi, bila dimarahi, kucing pon tau merajuk.. sebab ni aku yang alami sendiri sebab dari pengalaman aku bela kucing semenjak aku kecik..)

Bila dah terry semakin memberikan ruang kepada kitaorang untuk mendekati dia
satu hari
aku dengan husband aku planning untuk ambik terry
dan bela dia di rumah kitaorang
sebab masa tu Pakcik Tukang Kebun ada bagitau kitaorang yang
pihak pengurusan bangunan nak dia buang semua kucing-kucing yang terbiar dekat pejabat tu
sedih sangat tau..
apalah salah kucing-kucing tu.. :(


so, aku suruh husband aku g beli 
sangkar (carrer) tu
pastu macam biasa la, 
kami pancing terry dengan bagi makan dekat dia
dan lastly kitaorang masukkan dia dalam sangkar tu
dan bawak dia balik rumah

**nak tau tak, kucing-kucing lain semua dah tak de masa tu
semuanya dah dibuang 
sedih sangat
(nak citer pasal kucing2 aku kat opis ni dekat post yang lain eh..)

dan bila sampai rumah
rupanya Terry ni sangat-sangatlah manja
dan tidak liar langsung 
macam yang dia dekat opis tu

Tengoklah sendiri bertapa manjanya Terry ni..
Terry manja sangat dengan aku..
nak tido pon nak bertepek dengan aku
blum lagi dengan husband aku
hehe

masa ni plak aku tengah sarat mengandung
dia macam tau je dalam perut aku ada baby
dia slalu datang dan tido tepi aku
bukan setakat tepi la
siap nak tido atas perut


sebab tu lah sekarang
anak aku Iman pon sangat suka pada kucing

tambah lagi sekarang
Terry dah kami hantar balik Muar
minta mak dan abah tolong jaga kan sebab
semenjak ada anak ni, kecian pada terry sebab tak terurus

bila iman balik muar, dia suka main dengan terry
dan iman jugak sangat suka mana-mana kucing yang dia jumpa
mungkin sebab ibu dan abah dia 
pon kasihkan kucing kot..

Alhamdulillah
tak salah pon untuk menyayangi ciptaan Allah ni
lagi pun, kucing haiwan yang istimewa dan disayangi Rasullulah SAW kn..

okeylah, kisah ini akan bersambung
sebab aku nak story pasal kucing-kucing aku yang lain plak..
to be continue ek..

bye!

No comments:

Post a Comment

Labels