Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday 13 December 2011

Kisah Cinta Kasih Dan Sayang ~Part 4~

Kisah ini seterusnya terjadi apabila pada penghujung tahun 2007, aku telah membuat permohonan untuk berpindah dari Perlis ke Kuching, Sarawak.. nak mencari pengalaman yang baru.. tapi setelah aku mendapat surat pertukaran, aku tidak dapat ke Kuching seperti yang aku inginkan akan tetapi aku telah diberikan penempatan baru iaitu di Cawangan Teluk Intan, Perak. Aku frust juga, tapi aku terima dengan hati yang terbuka. 

Pada awal tahun 2008, aku bertukar dan dengan rasminya bertugas di Cawangan Teluk Intan, Perak. dan pada masa itulah aku dapati lelaki yang aku admirer sebelum ni bertugas di tempat yang sama. Mungkinkah Allah telah menetapkannya untuk aku. Tapi pada awalnya aku melawan perasaan aku pada dia.. dalam tempoh masa aku di sana, aku dapat tau yang dia sudah berpunya. aku kecewa tapi aku pasrah kerana mungkin dia bukan jodoh aku. dan selepas pada itu, perasaan aku pada dia hanya sebagai kawan sahaja.

Akan tetapi pada pertengahan tahun 2008, hubungan kami semakin baik dan pada ketika itu aku mendapat tahu yang dia sudah tidak punya apa-apa hubungan dengan kekasihnya itu. Pada masa dan ketika itu, bermula lah episod baru dalam kehidupan aku iaitu kesedihan dan kekecewaan. Tak mampu aku ingati segalanya kerana ianya terlalu perit dan terlalu menyeksa jiwa dan raga aku. Pada ketika itulah juga aku menyedari bahawa aku telah jatuh cinta kepada dia dan dia juga begitu. 

Bermulalah episod dimana aku dilemparkan dengan kata-kata caci maki, pelbagai penghinaan yang aku terima kerana aku mencintai lelaki itu. Salahkah kiranya aku mencintai dia, dan dia menyintai aku... kenapa aku tak boleh merasai dan mendapat cinta itu seperti orang-orang lain.. 

**Kisah Cinta Kasih Dan Sayang akan bersambung ke Part 5, aku tak mampu nak meneruskannya kerana terlalu berat untuk aku luahkan.. air mata yang mengalir terlalu deras, InsyaAllah bila aku ada kekuatan lagi, aku akan menyambungkannya..**


No comments:

Post a Comment

Labels