Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday 14 December 2011

Kisah Cinta Kasih Dan Sayang ~Part 5~

Kisah cinta yang aku ada tidak sehebat kisah cinta orang lain barangkali, tapi kisah cinta kasih dan sayang inilah yang banyak mendewasakan aku tentang erti kehidupan dan tentang qada dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT.


Terlalu perit untuk diluahkan, dan itulah yang aku rasai. Tapi aku bersyukur kepada Allah SWT kerana membuka pintu hati semua disekeliling untuk menerima bahawa dia adalah jodoh aku dan begitu juga dengan dia. Aku mahu kisah pahit itu berlalu dan aku mahu kisah cinta ini berubah menjadi manis biarpun perlu mengambil masa yang panjang untuk mengecapi kemanisaan tersebut. InsyaAllah, semuanya dengan izin Allah, aku sebagai hambaNya hanya perlu meminta dan melakukan yang terbaik buat semua. 


~IuFiq~


~IuFiq~


Apabila aku dan dia sah menjadi suami isteri, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana menguatkan jodoh kami dan menyatukan kami sebagai suami isteri. Biarpun perit, aku telan.. aku pasrah dengan segalanya, dan akhirnya kami bersatu. Terima Kasih Ya Allah.. 

Seterusnya kami dikurniakan dengan cahayamata penyeri rumahtangga kami yang terbina ini. Alhamdulillah, sesungguhnya kehadiran Nur Iman Shafiyah benar-benar mengukuhkan hubungan cinta kami yang sudah sedia terbina.


Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan aku dan  suami cahayamata yang sempurna ini.

Disaat suamiku mengazankan di telinga anak kami

Nur Iman Shafiyah binti Mohd Shafiq
Inilah permata hati kami
Baiklah, kisah cinta kasih dan sayang akan bersambung ke part-part yang seterusnya dan aku sentiasa berdoa semua kisah cinta kasih dan sayang ini diberkati Allah SWT. Dan semoga kisah cinta kasih dan sayang korang semua juga akan sentiasa sempurna dan diberkati Allah SWT.

With Luv } IuFiq Iman {

Assalamualaikum

Bye!

2 comments:

Labels