Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday 1 December 2011

Kisah cinta kasih dan sayang (part 1)

Assalamualaikum wbt...

Ini adalah permulaannya yang baru aku coretkan di dalam warkah it yang penuh dengan teknologi yang sangat moden dan menarik.. kisah cinta kasih dan sayang ini tercipta dengan kekuasaan dan ketentuan Allah SWT. Di harap semua yang membaca akan setia bersamanya.. 

Kisah ini bermula di gelanggang badminton di Universiti Teknologi Mara Campus Arau, Perlis. Pada waktu itu sedang berlangsungnya pemilihan pemain bagi zon utara. Antara negeri-negeri yang termasuk dalam zon utara ialah dari Negeri Perlis, Negeri Kedah, Negeri Perak dan juga Negeri Pulau Pinang. kesemuanya berkumpul untuk konvensyen sukan bagi tahun 2007. Aku sedang mencuba nasib untuk bermain badminton dan aku akan mewakili negeri Perlis dan aku adalah calon pemain wanita. aku bukan hebat macam orang-orang lain yang hebat, cuma aku suka bermain dan aku nak bermain badminton. Tiada siapa yang menghalang akan tetapi ramai yang menggalakkan. Aku ni, siaplah dilatih oleh pegawai senior aku sendiri yang bernama Abang Un. Aku bermain seperti biasa dengan pemain-pemain yang lain. dan aku ada terperasan seseorang yang sedang bermain permainan yang sama ini juga, hmm.. boleh tahan tengok dia ni main, lincah.. terror gak.. tengok pada tenaga dia, wah.. bukan main bersemangat lagi dia smash orang ek.. hehe.. lepas pada tu, aku pon pergi la lepak bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. eh, nama orang yang aku perhatikan tadi, aku tak tahu.. aku segan la nak tanya-tanya.. diam kan aje.. tapi aku dapat tau yang dia dari Negeri Perak.. hmm.. ok..ok.. maklumat pertama.. hehe..

**to be continue ye**
(jgn lupe sambung di Kisah Cinta Kasih & Sayang - Part 2)

No comments:

Post a Comment

Labels