Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday 19 October 2011

Maaf & Memaafkan

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar semua.. :) harap uol semua sihat2 sahaja..

Hari ni, ehem..ehem.. pagi tadi la yg sebenarnya aku meneruskan kerja-kerja biasa aku buat masa sekarang iaitu fisioterapi di Hospital Serdang.. semua ini dalam proses baikpulih kesan sakit aku ler.. so, aku kena banyak bersabar menempuh semua dugaan yang Allah berikan kepada aku ni.. Alhamdulillah..


xtau la, ada kaitan ke x dgn isu yang aku taip ni... hihihii
banyak benda yang aku tempuhi.. macam2 benda la.. aku akui aku mengalami tekanan yang sangat berat semenjak kebelakangan ni, bukannya kerana orang lain, tetapi diri aku sendiri.. Aku sangat-sangat bersyukur kerana suamiku yang tersayang banyak memberikan kekuatan untuk aku menempuhi segala dugaan yang mendatang ini.. Semenjak aku menanggung kesakitan (tulang belakang) ni, aku semakin hilang keyakinan diri... aku sentiasa sedih dan berasa tidak kuat untuk menanggung semuanya, aku tau dalam masa aku bergelut dengan perasaan aku ini sendiri, dengan ditambah dengan penyakit yang aku tanggung ni telah menyebabkan aku tidak seceria dulu, aku terlalu sakit.. dan dalam masa yang sama aku dengan secara tidak sengaja telah menyebabkan orang-orang disekeliling aku terasa hati dengan perubahan sikap aku.. (Bukan salah diaorg kerana tidak faham dan tahu sejauh mana kesakitan yang aku tanggung sekarang ni, bukan salah diaorg jugak sebab tidak dapat memahami diri aku sekarang ini) apa pun yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. ada pepatah.. "Berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" begitulah keadaannya..

Walau bagaimanapun, aku tidak marah dengan ketentuan yang terjadi pada diri aku ini.. kerana aku yakin bahawa ini semua terjadi pada diriku kerana Allah SWT sangat menyayangi diri aku.. kerana sayang, dia berikan aku kesakitan yang begini supaya aku tidak melupakanNya.. "Ya, Allah.. aku hambaMu yang hina ini bersyukur ke hadratMu kerana memberikan aku nikmat seperti ini.. kerana Kau yang Maha Mengetahui segala-galaNya.. Amin"

Kasih sayang yang tercipta adalah kehendak Allah SWT
baiklah, InsyaAllah ada masa lagi, aku akan update kan blog aku lagi.. Jaga diri baik-baik buat semua sahabat2 ku... Aku memohon maaf sekiranya aku ada melukakan hati korang-korang sepanjang kite berkawan, semuanya tidak disengajakan.. yang hina adalah dari diri aku sendiri dan yang Mulia adalah Allah SWT...

Assalamualaikum

bye!

No comments:

Post a Comment

Labels