Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday 10 May 2012

~Bile buah hati tak sihat~

Assalamualaikum

hari ni nak story mcmana keadaan buah hati aku kalu dia xsihat
masa ni Iman disahkan dijangkiti penyakit tangan, kaki & mulut..
masa dia kena sakit tu, kesian sngat-sangat
mana tak nye.. apa pon dia xnak
2 hari gak la dia xnak makan.. susu langsung tak nak..
cuma dia nak air masak kosong je..

~tengoklah, baru 2 hari xmkn dan mnum susu, dah nampak tulang...huhu~
Iman diarahkan untuk dikuarintin
tak boleh keluar rumah
tak boleh dihantar ke nursery
bayangkanlah aku terpaksa bercuti
 untuk menjaga iman dari 19hb sampai 30hb
tapi best.. jadi surirumahtangga sepenuh masa

~sedih bile anak trpaksa menanggung kesakitan ni, sampai cmni jadinye~
atas nasihat pegawai pejabat kesihatan
semua pakaian, tempat tido iman perlu dibersihkan..
segala mainan yg dia suka ltak dlm mulut di jauhkan dr dia..
spray dettol
baju-baju dibasuh dgn dettol
lantai perlu sentiasa dimopkan dengan dettol

~terbaring je sebab xda tenaga~
penyakit ini sangat sensitif untuk kanak-kanak
memang sangat cepat merebak
sebab tu la, parents kena sentiasa alert dengan keadaan semasa anak-anak
yelah kan, takut terjangkit kat anak orang..huhuu

~bg iman makan aiskrim untuk mengurangkan ulser dlm mulut dia~
sambil tengok kartun kegemaran "boboi boy"
kita orang tua ni, sakit cmana pon leh gak nak gagah2 lagi
budak2 cmni, apa dia leh wat
dengan xnak susu
xnak makan..
nangis je la..

lepas 2 hari, mama datang umah aku
bawakkan iman air zam-zam dan buah kurma
yang mama baru bawak balik dari umrah tempoh hari

***

alhamdulillah dengan berkat air zam-zam serta kurma
serta bersama dengan doa supaya iman cepat sembuh
memang nampak perubahan iman

iman mula nak makan..
pada hari yang sama, iman dah nampak bertenaga
dia juga dah mula nak makan..
aku sangat-sangat berterima kasih kepada mama
dan bersyukur ke hadrat ilahi kerna memberikan kekuatan kepada iman 
dan menyembuhkan iman dari penyakitnya

~tengok, dalam mulut iman dah OK! dah xda ulser~
iman dah semakin ceria
semakin sihat
aku terasa sangat-sangat lega
walau bagaimanapun, iman masih perlu dikuarintin
sehingga tarikh yang diberikan..



tengoklah senyuman di muka iman ni
senyuman ni sangat-sangat aku rindu bila dia sakit
sebab, dia xmampu pon tersenyum bila dia sakit
tapi kini, alhamdulillah

"iman, ibu sayang iman sangat2 tau..iman sakit, ibu lagi sakit..."

~video ni aku rakam pada hari yang sama lepas iman minum air zam-zam dan mkn buah kurma~
tengok je la telatah dia yg lawak tu
sangat2 buat aku lega..
alhamdulillah...

pada kawan2 ku yang menghadapi masalah yang sama,
kita usahalah apa saja demi untuk kebaikan anak2 kita ye..
apa pon yang terjadi mesti ada hikmahnya

okeylah, entry akan continue dengan story2 lain plak
next time eh..
uol take care!
bye!!
Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment

Labels