Shafiq & Rahayu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Iman Shafiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Aishah Sofia

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, 10 May 2012

~Bile buah hati tak sihat~

Assalamualaikum

hari ni nak story mcmana keadaan buah hati aku kalu dia xsihat
masa ni Iman disahkan dijangkiti penyakit tangan, kaki & mulut..
masa dia kena sakit tu, kesian sngat-sangat
mana tak nye.. apa pon dia xnak
2 hari gak la dia xnak makan.. susu langsung tak nak..
cuma dia nak air masak kosong je..

~tengoklah, baru 2 hari xmkn dan mnum susu, dah nampak tulang...huhu~
Iman diarahkan untuk dikuarintin
tak boleh keluar rumah
tak boleh dihantar ke nursery
bayangkanlah aku terpaksa bercuti
 untuk menjaga iman dari 19hb sampai 30hb
tapi best.. jadi surirumahtangga sepenuh masa

~sedih bile anak trpaksa menanggung kesakitan ni, sampai cmni jadinye~
atas nasihat pegawai pejabat kesihatan
semua pakaian, tempat tido iman perlu dibersihkan..
segala mainan yg dia suka ltak dlm mulut di jauhkan dr dia..
spray dettol
baju-baju dibasuh dgn dettol
lantai perlu sentiasa dimopkan dengan dettol

~terbaring je sebab xda tenaga~
penyakit ini sangat sensitif untuk kanak-kanak
memang sangat cepat merebak
sebab tu la, parents kena sentiasa alert dengan keadaan semasa anak-anak
yelah kan, takut terjangkit kat anak orang..huhuu

~bg iman makan aiskrim untuk mengurangkan ulser dlm mulut dia~
sambil tengok kartun kegemaran "boboi boy"
kita orang tua ni, sakit cmana pon leh gak nak gagah2 lagi
budak2 cmni, apa dia leh wat
dengan xnak susu
xnak makan..
nangis je la..

lepas 2 hari, mama datang umah aku
bawakkan iman air zam-zam dan buah kurma
yang mama baru bawak balik dari umrah tempoh hari

***

alhamdulillah dengan berkat air zam-zam serta kurma
serta bersama dengan doa supaya iman cepat sembuh
memang nampak perubahan iman

iman mula nak makan..
pada hari yang sama, iman dah nampak bertenaga
dia juga dah mula nak makan..
aku sangat-sangat berterima kasih kepada mama
dan bersyukur ke hadrat ilahi kerna memberikan kekuatan kepada iman 
dan menyembuhkan iman dari penyakitnya

~tengok, dalam mulut iman dah OK! dah xda ulser~
iman dah semakin ceria
semakin sihat
aku terasa sangat-sangat lega
walau bagaimanapun, iman masih perlu dikuarintin
sehingga tarikh yang diberikan..



tengoklah senyuman di muka iman ni
senyuman ni sangat-sangat aku rindu bila dia sakit
sebab, dia xmampu pon tersenyum bila dia sakit
tapi kini, alhamdulillah

"iman, ibu sayang iman sangat2 tau..iman sakit, ibu lagi sakit..."

~video ni aku rakam pada hari yang sama lepas iman minum air zam-zam dan mkn buah kurma~
tengok je la telatah dia yg lawak tu
sangat2 buat aku lega..
alhamdulillah...

pada kawan2 ku yang menghadapi masalah yang sama,
kita usahalah apa saja demi untuk kebaikan anak2 kita ye..
apa pon yang terjadi mesti ada hikmahnya

okeylah, entry akan continue dengan story2 lain plak
next time eh..
uol take care!
bye!!
Assalamualaikum


Monday, 7 May 2012

Mood semasa... :)

Assalamualaikum dan Morning!!


dah lama betul aku xupdate blog ni, sangat lama..
knapa ek? busy? bosan? malas?
ntahlah.. mcm2 benda jdik..
dan semua ni melibatkan mood aku..hehe

sekarang mood aku?
while aku menaip dkat blog ni aku sedang memakai earphone..


so, aku xtrasa terganggu dan marah.. hehe
pelik sngat dah perangai aku semenjak dua menjak ni
bukan sebab apa, malas nak rasa terganggu..
kalu x, stress.. huh!


jgn sampai tahap kemarahan aku bertukar dr kemarahan baby ni kepada 
sang rimau yg memang power!
dont u dare!!!


malas nak citer banyak pasal bnda2 yg boleh membunuh mood baik aku 
sebab xda gunanye..
lgpun aku xsuke nak amik tau hal org pon..
"adaakukesah"
lgpun, aku bkn kaki buli @ kaki menyakitkan org..



aku suka wat hal aku sndiri..cume satu, jgn usik aku!
hehe

~silent is better~
hmm... banyak sangat benda aku nak kongsi sebab
dah lama sngat tak appear kat blog aku ni
tapi akan continue nanti

dont worry, after this aku akan merajinkan diri aku untuk
menaip dan berstory dkat blog aku ni..
banyak story ni..
xsabar nak kongsi...


asalkan korang2 jgn tdo sudah la bile baca stiap entry aku..
hehe


kalu entry aku memboringkan, korang2
leh la komen kat aku eh..
aku akan cube xmemboringkan korang..
tp xtau la kalu mmg aku ni dah mmg memboringkan..

okeylah, to be continue next k!
bye!!


Tuesday, 28 February 2012

Raziq & Razin

Assalamualaikum
Dah lama xmencoret dalam blog ni
sorry eh, xbrapa sihat..huuhuu
entry hari ni nak citer pasal anak buah aku plak
sapa?

dah beberapa minggu sudah pon we all celebrate birthday 
budak berdua ni..

Muhammad Raziq aka Abg

Both of them ni, muke lain.. kalu dok berdiri sebelah-sebelah
xnampak macam adik bradik..hehe


Muhammad Razin aka Adik
This year celebrate birthday Raziq yang ke-2 Tahun
N Razin plak yang ke- 1 Tahun

Macam-macam preparation Mama buat utk celebrate birthday cucu kesayangannye ni
mama masak dan dibantu oleh my sis' anis

Roti Jala ~yg dijala sendiri oleh mama, dan digulung oleh anis~ sedapp.. 
kari ayam yang sedap jugak mama buat jgk..
yg ni namanye Agar2 pandan.. mama buat jugak.. :)

than ada menu tambahan yg mama tempah dari kawan-kawan nye..
untuk menambahkan lagi atas meja..hehe
sebab nak menjamu orang kn..

karipap ni sedap.. inti kentang.. mkn terangkat wooo... hehe

mufin ni pon mama tempah dari kawan dia...
pon sedap gak.. Iman suke coklat mufin tu.. lembut sngat..
yg satu lagi tu blueberry mufin..
Haa.. sekarang masuk plak menu yang Kak Long, dengan Wan bawak..

Sate Kajang 
Big Apple Donut
Cupcake Razin
cupcake Raziq
Kek Boboi Boy
Ok2.. cukup bab-bab makanan ni..hehe..
terasa lapar la plak bile tengok gambar-gambar makanan ni..hehe
kita citer pasal event on that day..chewah!

Sesi tiup lilin.. bdk berdua tu xreti tiup, tp dengan bantuan
yg besau2 kat sebelah tu.. api berjaya dipadamkan..ehehe
kn penuh meja tu..hehe
suke sngat pose depan mkan..mesti dah xsabar nak mkn..

Raziq n Razin ni biarpun adik beradik, diaorg xdok skali..
Raziq duduk dgn Tokma, sejak kecik lagi.. Razin dgn parent dia la..
yg belah kiri (free-hair) ni Mak kepada Razin n Raziq.. 
Raziq with Cik Long n Cik Sue aka Anis
Birthday Boy bersama uncle-uncle nye.. Uncle mie (bju biru) n Uncle Wan (baju itam)

Razin with Uncle Mie

Kak Long and Anis, nak jgk posing dgn cup cake

gaya org dewasa lebih dr bdk2...ehhe..xcited lebih..haha
budak berdua ni mmg rapat.. nak minum susu pon sama2..
memang meriah majlis petang tu
tetamu orang dekat-dekat situ je
buat pun kecik-kecilan je..
untuk meraikan budak kecik dua orang ni

"Selamat Hari Lahir buat Raziq dan Razin ye, 
semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selalu
dan semoga menjadi anak yang baik ye"

okeylah, nanti continue lagi untuk
next entry


bye!


Labels